How to Order

Dear customer...

We will reply your order within 24 hours.  You are advised to make an order 2 or 3 weeks before the pick up date. Please confirm your phone number & pick up date/time before summit the form. We will start making your order once we received 50% deposit from you. Thank you :)

Name
Email Address:
Contact number:
Types of order:
Size of cake/cupcakes:
Details (pick up date/time, wording, theme)

This online form was provided by Freedback.

Sunday, 11 December 2011

RAINBOW CAKE

Kek pelangi..ni yg sy fikirkan dari tadi. Tiba2 rasa nk mkn kek pelangi ni.. Tapi mana nak cari kat Muadzam ni?ada ke kedai kek yg jual kek cmni??hurmmm..nmpknya kena tunggu cuti semester laaa. 3 minggu cuti boleh la cuba resepi ni. Harap2 menjadilah nanti sebab lama sangat dah mengidam ;) 





Gambar : http://nicolephoto.com/, savethedate4cupcakes

Bahan-bahan ( Satu Kek Bulat )

  • 2 cawan Tepung naik sendiri (self-rising flour)
  • 1 1/2 cawan gula pasir dikisar halus
  • 5 biji telur ayam (gred B)
  • 250gm butter
  • 550gm buttercream readymade (beli kat kedai jual bahan buat kek)
  • Pewarna (kuning,biru,hijau,ungu,merah,oren)
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan susu pekat + air, sukatan air tak kisah byk mana sbb untuk kurgkan kepekatan susu (untuk moist & lembutkan kek)
  • Sprinkle Star/Beads sebagai hiasan pada cream kek
  • Cara-cara

    1. Pukul butter dengan gula yang telah dikisar halus selama 15 minit sehingga kembang.
    2. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan yang sedang dipukul tadi.
    3. Masukkan esen vanilla. Dan diikuti dengan tepung naik sendiri dan pukul lagi hingga adunan sekata. Masukkan juga susu + air.
    4. Setelah adunan sekata, asingkan adunan ke dalam enam mangkuk yang berlainan / mengikut bilangan warna yang diingini. Campurkan pewarna ke dalam adunan yang telah diasingkan mengikut warna masing-masing. Gaul hingga warna rata.
    5. Setelah habis menggaul untuk semua warna, masukkan adunan ke dalam loyang untuk dibakar.
    6.  Adunan hendaklah dibakar selama 15 minit pada suhu 140°c. Apabila adunan telah masak, sejukkan terlebih dahulu. 
    7.  Buttercream perlu dipukul sehingga kembang sebelum disalut pada kek. Antara lapisan kek perlu disapu sedikit buttercream supaya lapisan kek melekat antara satu sama lain.
    8. Salut kek yang telah dilapis antara satu sama lain tadi, hingga rata dan hias mengikut kreativiti anda.
sumber : My Resepi

    No comments:

    Post a Comment